SELAMAT HARI GURU … ^_^
Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
dan Selamat Sejahtera…
Hari guru
merupakan hari yang paling bermakna untuk semua guru-guru di seluruh Malaysia
ni.. Hari guru selalunya disambut pada 16 Mei.. so, mesti semua sekolah meraikan
hari guru tidak ketinggalan juga sekolah saya.. Kebiasaannya, hari guru ni
diuruskan oleh badan pengawas.. Pelbagai aktiviti yg telah dirancang dan
dilaksanakan untuk memeriahkan lagi suasana pada hari guru.. so, saya dan
rakan-rakan yg lain telah membuat satu majlis dimana majlis tu dianjurkan oleh
Kelab 1 Malaysia yg majoritinya merupakan pelajar tingkatan 6.. sempena hari guru ni, kami ambil kesempatan
utk meraikan hari guru dan juga hari jadi guru kami iaitu PN. MAZIAH MOHD ZIZI
& PN. HJH NOOR LAILY HJ. MOHAMMAD.. mmg meriah jamuan tu dan Alhamdulillah,
semuanya berjalan dengan lancar atas kerjasama mereka semua.. Walaupun pada
awalnya, ada terdapat sedikit masalah, namun masalah tersebut berjaya
diselesaikan.. Alhamdulillah.. >_<.. Masa majlis ni berlangsung kami
semua mengambil kesempatan utk meminta maaf.. Maklumla, minggu depan kami semua
bakal ke medan peperangan (*exam utk semester 2).. Kami semua pelajar nakal, so
mesti ada buat mana2 cikgu tersinggung atau terkasar bahasa ke.. so, kiteorg
minta maaf dan mendoakan utk kejayaan kami.. semasa GPK TING.6 membuat ucapan,
hati saya rse sebak sbb terharu apa yg beliau sampaikan.. Seoalah2 seperti ayh
yg sedang menasihati anaknya.. Mmg rasa bersyukur sgt2 sbb kami semua dapat
guru-guru yg banyak memberi sokongan dan dorongan serta sentiasa membantu kami
tidak kira masa.. Itulah pengorbanan seorang guru utk anak muridnya.. so, mmg
wajar kalau kita semua menyambut hari guru dengan penuh gilang-gemilang.. Utk
semua guru-guru kami semua mengucapkan SELAMAT HARI GURU.. JASAMU DIKENANG.. J
p/s: Kenangan
yang indah buat kami semua.